Tuesday, July 21, 2009

Anime


Barang-barang ni aku kirim ngan member aku gi japan. Original Ban Dai tu. Ade sapu tangan, beg kureinai, mouse pad & manga. Tapi manga tu tak tau bace pun. Wat koleksi jek.Aku ni antu 'naruto' ngan 'one piece'. Dah lame aku ikut kesah 2 anime ni. Setakat ari ni naruto shipuudeen dah episode 117, dari minggu lepas lagi.minggu ni tak kluar la pulok. Naruto yang budak-budak tu dah abis. Sambung naruto shipuudeen. Naruto dah pakai baju baru.One Piece plak dah episode 400 animenya. Manga dah jauh dari tu, kalu sape-sape layan naruto ngan one piece tau la. Dan sape-sape yang minat naruto akan minat one piece. Tapi tu andaian aku jek. Kalu kat opis orang slalu kutuk aku sebab dah tua bangka layan kartun. Huh...betul ke kartun?. Kartun tu bukan yang pagi sabtu tu kerr??. Yang budak-budak duk gelak tu. Cuba tanya diaorang paham tak kau tengok naruto. Aku berani cakap budak-budak tu tak paham. Naruto ni cite heavy sebenarnya. OK. apa beza novel,kartun,anime,movie orang betul??. Cara penyampaian cerita je kan?.Yang membezakan hebatnya cerita tu isi nya. Jalan ceritanya. Kalo cerita orang betul pun tapi jalan cerita hampeh macam anak mami tu hampeh jugak.Beku gak otak tengok cerita tu. Pastu cuba kalo movie titanic tu di anime kan. Diaorang akan kata camtu gak. Padahal jalan cerita sama jek. Tangkap lentok gak kan?. Naruto ni sebenarnya sebuah kesah yang heavy. Beratus kali ganda dari anak mami tu. Kadang tu aku tepaksa tengok balik episode yang lama-lama untuk paham episode ni. Lepas tu mula r.."ooo patutla bla bla bla". Ingat naruto tu lompat-lompat kluar cakra je ker?..Bagi aku episode naruto ni satu jalan cerita yang amat teliti. Dengan karakter dari dunia yang dia cipta sendiri. Hebat-hebat..tahniah ler Masashi Kishimoto eakk...aku ade cita-cita nak jumpa ngan kau. Aku nak tabik 3kali..haha.

No comments: