Tuesday, July 21, 2009

Anime


Barang-barang ni aku kirim ngan member aku gi japan. Original Ban Dai tu. Ade sapu tangan, beg kureinai, mouse pad & manga. Tapi manga tu tak tau bace pun. Wat koleksi jek.Aku ni antu 'naruto' ngan 'one piece'. Dah lame aku ikut kesah 2 anime ni. Setakat ari ni naruto shipuudeen dah episode 117, dari minggu lepas lagi.minggu ni tak kluar la pulok. Naruto yang budak-budak tu dah abis. Sambung naruto shipuudeen. Naruto dah pakai baju baru.One Piece plak dah episode 400 animenya. Manga dah jauh dari tu, kalu sape-sape layan naruto ngan one piece tau la. Dan sape-sape yang minat naruto akan minat one piece. Tapi tu andaian aku jek. Kalu kat opis orang slalu kutuk aku sebab dah tua bangka layan kartun. Huh...betul ke kartun?. Kartun tu bukan yang pagi sabtu tu kerr??. Yang budak-budak duk gelak tu. Cuba tanya diaorang paham tak kau tengok naruto. Aku berani cakap budak-budak tu tak paham. Naruto ni cite heavy sebenarnya. OK. apa beza novel,kartun,anime,movie orang betul??. Cara penyampaian cerita je kan?.Yang membezakan hebatnya cerita tu isi nya. Jalan ceritanya. Kalo cerita orang betul pun tapi jalan cerita hampeh macam anak mami tu hampeh jugak.Beku gak otak tengok cerita tu. Pastu cuba kalo movie titanic tu di anime kan. Diaorang akan kata camtu gak. Padahal jalan cerita sama jek. Tangkap lentok gak kan?. Naruto ni sebenarnya sebuah kesah yang heavy. Beratus kali ganda dari anak mami tu. Kadang tu aku tepaksa tengok balik episode yang lama-lama untuk paham episode ni. Lepas tu mula r.."ooo patutla bla bla bla". Ingat naruto tu lompat-lompat kluar cakra je ker?..Bagi aku episode naruto ni satu jalan cerita yang amat teliti. Dengan karakter dari dunia yang dia cipta sendiri. Hebat-hebat..tahniah ler Masashi Kishimoto eakk...aku ade cita-cita nak jumpa ngan kau. Aku nak tabik 3kali..haha.

Monday, July 20, 2009

Best Shot of July



Kat mane??huh..pantai lerr..

Lagu Kak Izad

P/s : Kak Izad Jangan lerr sedey-sedey..

Art Of Business

Pernah tak PC kita tu monitor dia blank tapi CPU on. Selalu nya kalu cam tu RAM dia yang poblem. Pastu PC tu plak tu pakai SDRam jek. Pentium 4 1.6 cam tu la katakan. Maka tanpa segan silu kita baraikan sume wayer-wayer pikul la bagak PC tu gi kedai komputer. Sampai kedai komputer technician tu pun wat r troubleshoot. debak-debuk 5, 10 minit cam tu techincian tu siap r troubleshoot.."ayya lu punya Ram sudah rosak la"..pastu kita pun tanya dia "kalu ganti brape?'."120 kalo 512Mb..second hand". "Ok ganti la".Melayang la duit 120..Sebenarnya Ram tu tak rosak pun. Lepas korang blah dia amik eraser pencil tu pastu genyeh kat kaki Ram tu. Padam carbon la kot. Pastu Ram tu ok balik. Pastu dia jual balik 120..hehe..brape untung dia?.120 laa eak..haaaa, tu orang panggil art of business. Nega dalam nega. Nega tak pakai modal. Ni satu lagi contoh, ade sorang ni repair laptop ngan aku. Pastu dia plan nak ambik P4 ngan aku gak. Kebetulan aku ade stok P4. Ok la aku bagi 650 & dia pun stuju. Kira murah gak r masa tu. Part-part tu hampir sume yang orang trade in. Kira free r PC tu.hehe..ok, balik pada laptop tadi, kos repair dia 450 yang aku quot kat dia (actual cost 350). repair motherboard. Pastu dia pikir-pikir dia nak trade lagi satu PC kat aku. P3..yang tu aku ambik 350.Kalu di simpulkan dia trade in 1 laptop rosak + 1 P3 PC = aku punya Pentium 4. Nego-nego dia pun stuju."Done".So..aku start kira untung, kos repair tu aku untung 100 + aku jual balik P3 tu kat orang lain 350. Kat situ aku ade 450 kan?..pastu kos repair laptop tu tadi 350.. Pas tu Pentium 4 2nd yang aku jual kat dia tu aku beli haddisk je 100 hinggit.Sume skali aku belanje 450..huh..So ape aku dapat???.aku dapat laptop yang aku pakai sampai ari ni.hahaha..market dia masa tu 1200 bleh dapat tu. Tapi aku tak jual r. Sayang woo..tapi kalu ade business macam tu 10kali sebulan cukup r..dah 12k.hehe.nice!.

Thursday, July 16, 2009

Pesona Zulaikha Lirik Lagu Nasyid | Mohd Suhaimi El-Fardie



Indah wajahnya gamit pesona
Pedih jemari terluka tidak terasa
Anggun tingkahnya runtun jiwamu
Adakah malaikat menjelma manusia

Saat kau turutkan perintah nafsumu
Enggan dia tunduk pada godaanmu
Dihasut amarah kau lontarkan fitnah
Terpenjara yusof pertahan imannya

Begitu cinta si zulaikha
Tega mendamba kekasihnya
Hingga tenggelam dalam amukan rindunya
Namun tika datang cahaya
Dari cinta segala cinta
Seluruh jiwa kini hanyalah khaliqnya

Berganti rayu pada yang satu
Basah bibirmu meratib asma’ yang esa
Hati yang tulus rindu yang qudus
Inilah cinta yang sebenarnya cinta

Dalam kehilangan kau temui iman
Tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi tuhanmu di hati
Hanya pengabdian bukti kesyukuran

Oh zulaikha, engkau alihkan cinta
Dari cinta hamba ke penciptanya
Rindumu bukanlah pemusnah diri
Tetapi penemu cinta hakiki
Oh zulaikha, kisahmu mempesona
Kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya


Part Paling Best 'Oh zulaikha, engkau alihkan cinta,Dari cinta hamba ke penciptanya'

Perihal En. Azman

"skali saya cakap, skali kamu tulis.skali saya cakap skali kamu tulis,ape yang kamu tulis???"..lagi satu ayat nih, "Kamu ni belum buat dah kata tak boleh"..hahaha kalu ade sape-sape yang ulang ayat tu kat opis memang sume gelak arr.Tu ayat GM aku. Antara orang paling lame kerja kat kompeni aku. Dulu naik moto pakai tie gi keje.diaorang bagitau r..ntah betol ke tak aku tak tau r. Skang bawak camry. keta opis je pun. Keta sendiri kat umah..orang umah bawak kot. Dia ni boleh dikatakan best rr..blasah tu blasah gak.Tapi orang tak ambik ati r. Termasuk la aku. Aku tak kesah dia blasah aku pun. Langsung tak simpan pun..aku tau lepas meeting jek dia dah tak ingat dah.hahaha. Apa yang best ngan dia nih dia benarnya suka backing staff dia kalo ade problem.Tapi dia tak tunjuk r.Biasak r depan staff tunjuk garang r. Tapi aku tau dia ok. Aku tau dari spy-spy aku yang berkaliber tu. Lagi satu kalo report aper-aper kat dia, dia tak nak panjang intro bunga-bunga tu..ko cakap jek apa ko nak bagi tau. Kalu panjang-panjang cite mula r dia buat bende lain sampai dia detect apa isi kandungan sebenar yang ko nak cakap. Kira cam tu perangai dia nih. Lagi satu yang aku 'suspek' kat dia nih, hebat main golf...dengar name jek orang tak brani main ngan dia. Lagipun dia famous dengan kebuayaannya kalo ade tournament.hahhaa..caya la lu Bro...

Wednesday, July 15, 2009

Struggles vs Creative

Selamat datang bulan 7. Bulan increment of the year.Tak tau la bape sen naik.maintain je kot macam tahun lepas.Tak sabar nak tengok slip.Nak tambah utang kat bank.Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai macam tu r..tapi tak tau la kalu ade kajaiban tahun ni. Gomen pun dah revise daripada 1800 ke 2330 kalu aku tak silap.Kalu di ranking kan lebih kurang cam ni r, 1.1/1.3..huh..ade sorang jek manusia yang mencapai tahap gaban tuh.1.1 ade 3 org..termasukler aku. Ade yang menarik perhatian aku...hmm..1.3 gaban tu dipilih dari beberapa kreteria. Struggles,decision making,pro-active & creativeness dan beberapa lagi tapi aku tak ingat. Dan aku rase aku ade kesemua tu pada tahap yang membanggakan kecuali struggles. Sebab aku memang pemalas sejak azali lagi. Jalan pun slow jek. penat r jalan laju-laju..Kalo aku level kan kesemua kreteria tu dengan low-fair-good, bab struggle tu aku low r.Tapi ade tak kita pikir kalu kita creative kita tak perlu struggle kan?. Kalo ade 2 orang yang sama level.dua-dua exec yang menghadapi 1 problem yang sama, tak boleh continue process tu sebab stuck kat current process atas sebab-sebab tertentu dan solutionnya ade 2. pertama buat balik & kedua ok kan process tu and go to next process. aku akan pilih solution kedua. Pastu aku nego r sampai semua agree (tanpa mengabaikan bende-bende yang penting). So, aku ade masa nak buat bende lain plak. At least boleh lepak-lepak isap rokok.Dan orang yang satu lagi akan ulang balik bende sama untuk ok kan jugak yang tak ok tu. So, kalu kita ulang balik bende sama memang la struggle kan? Nampak cam rajin r.Dan solution kedua tu bagi aku adalah yang paling creative with low struggle.Apa yang membezakan 1.1 dengan 1.3 ?...1.1 tak struggle dan nampak macam malas. Tapi camane plak ngan output. 1.1 lebih creative menghasilkan output kan?.Pernah tak kita tepikir kenapa wujudnya mesin basuh, blender, mesin cabut bulu ayam dan macam-macam lagi.Sebab diaorang tu sume malas nak basuh baju,malas nak pakai lesung.Tu bukti diaorang creative kan!.Aku memang tak pueh ati r.Nasib baikla aku masih ade alasan2 yang menahan aku daripada resign.Lain kali aku cite.

Tuesday, July 14, 2009

333 hari


Hari ni 333 hari dah aku nikah.333 hari gak la aku stop besenam jari-jemari aku. Sebuk buat anak la konon-kononnya. Aku ambik sempena hari ni untuk aku start membebel balik. Post lame-lame aku dah delete sume. Tapi ok gak, boleh aku bebel benda same nanti. Sementara nawang aku tadak lagi nih. takde rezeki. Orang kata 'cayak'..lantak ko lah. hahaha..mentang-mentanglah ko dah bederet kawat 6 ko perli aku eaaa..takpe arr..ko tgk la nanti.aku harap-harap ko cakap kat aku Dasyat giler lerr....